Perkahwinan Menyingkap Tabir Rahsia,
Isteri Yang Kamu Nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun Tidaklah setabah Fatimah,
Justeru itu,Isteri Hanyalah,
Wanita Akhir Zaman,
Yang Punya Cita-Cita,
Menjadi Solehah....

Perkahwinan atau Pernikahan,
Mengajar Kita Kewajipan Bersama,
Menginsafkan Kita Perlunya...
Iman dan taqwa...
Untuk BelajarMeniti Sabar dan Redha.
Kerana Memiliki Isteri YangTidak Sehebat Mana,
Justeru Kamu Akan Tersentak Dari Alpa.
Kamu Bukanlah Rasulullah SAW,
Pun Bukanlah Saidina Ali Karramallahuwajhah,
Cuma Kita,
Suami Akhir Zaman,
Yang Berusaha Menjadi Soleh...