Pejam celik pejam celik,kita sudah berada dalam bulan Oktober.
Kini,baru ku sedar masa berlalu begitu pantas tanda memberi amaran.
Pelbagai onak dan duri telah kutempuhi sepanjang tahun ini..
Semuanya memberi seribu erti pengajaran terhadap kehidupan.
Apakah ini semua harus berlaku?
 1.Berhadapan dengan manusia yang mementingkan diri?
 2.Bersabar dengan tohmahan dan maki-hamun teman seperjuangan?
 3.Hidup dalam paksaan orang lain tanpa rela?
 4.Belajar dari kesilapan pada pertama kali?
 5.Menanggung beban orang lain yang tidak amanah?

Lihatlah dunia.Hari ini banyak perkara pelik berlaku.Pancaroba dunia yang tidak berkesudahan. Namun, di manakah penawarnya?mungkinkah ianya akan berlarutan sehingga akhir dunia ini? Aku tertanya-tanya. Ke mana perginya etika manusia....Merenung kembali saat pertama berkenalan dengan kau,,aku menganggap kau adalah seorang yang baik,sejuk mata memandang...Malangnya.segalanya berubah dan luluh hatiku apabila mengetahui diri kau yang sebenarnya.Perlukah aku beremosi sebegini? Atau adakah itu sifat semulajadi engkau?hanya Tuhan yang tahu..

Kita hidup dalam berbagai-bagai citra masyarakat.Ada yang baik,jahat,ganas,lembah-lembut,sopan tetapi kenapakah kau memilih menjadi yang ganas?Memilih kata-kata kesat untuk berbicara dengan orang ramai.
Elokkah bagimu berkata-kata seperti itu?Tidakkah kau pernah terfikir tentang tutur bicara kau. Perhatikan diri kita..Muhasabah diri kita..Janganlah sesakali dengan lantangnya memaki hamun orang, Berkata yang tak tentu pasal kerana hati manusia tiada siapa yang tahu bagaimana sensitif atau rileksnya seseorang dalam menerima tohmahan dan ejekan orang walaupun bagi kita itu adalah gurauan. Berfikir sebelum berbicara agar hidup aman sentosa.