Tazkirah Remaja: 15 tanda kematian mulia
Bersama Mohd Zawawi Yusof
_______________________________________________________________________________________
Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.
Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.Ajal maut di tangan Tuhan..Setiap yang bernyawa pasti akan merasai saat kematian.Kehilangan orang yang disayangi kerana dijemput oleh Allah adalah suatu ujian. Oleh itu,kita haruslah bersabar dan menerima qada; dan qadar yang telah tertulis di Luh Mahfuz...
ASSALAMUALAIKUM
Insan Biasa
- Shaifunizam@Sombrewary
- The space to convey what's in my mind..♫♫☼☺☻♥ Apa yang dilakukan pada masa sekarang,itulah yang menentukan masa depan kita kelak.
StressSchool
My Loyal Followers
The Advisor's Voice
Jangan salahkan pemimpin kerana pimpinannya, salahkan diri yang memimpin nafsu sendiri, adakah menepati dengan kehendak Illahi ?
Sering2lah berbuat Tahajjud dan Dhuha kerana ia membawa kepada kemudahan perkerjaan seharian dan terang perjalanan untuk beriman kepada Tuhan
Renungilah maksud Al-Quran yang tersirat maupun yang tersurat, ilmu lahir dari sering bermunajat dan risaukan ummat, itu jelas kita ummat Muhammad
Manusia lupa asal dan usul, kerana asyik dengan keseronokan dunia, Nabi dan Rasul berkorban jiwa, agar umat dapat agama
Jangan khuwatir persoalan rezeki, mudahkan ia dgn perbanyakkan Dhuha. Jangan yang wajib di tinggalkan pula, agar kehidupan tersusun lagi terlaksana
Ada 7 tingkatan jalan ibadah iaitu; ilmu, taubat, godaan, rintangan, pendorong, kelemahan dan puji kesyukuran.
Perangi Dunia dgn akhirat, perangi Manusia dgn Kasih Sayang, Perangi Syaitan dgn Ibadat(Sunnah hidup) & Perangi Nafsu dgn Kesyukuran(Ibadah)
Bermula luntur kewibawaan suami kepada isteri adalah dengan mengikut kehendak isteri yang adakalanya baja kepada ammarah kehidupan
Kerosakkan kehidupan manusia adalah berpunca dari pengaruh terhadap kehidupan JIN itu sendiri, (Harta, Kuasa, Kemegahan) yg membawa kpd perbalahan
Mendapat isteri ibarat telah sempurna separuh dr perjalanan agama & yg separuh perlulah di cari BUKAN berdiam diri menikmati keseronokkan suami/isteri
Pelbagai penyakit itu datangnya dari pemakanan & 75% daripadanya adalah hasil dari kekotoran JIN(kuman)
Renunglah sejarah pengabdian Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa & Nabi Isa. Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka di dlm pengabdian kpd Allah
Bersyukurlah dgn apa yg dikurniakan. Andai kaya, lihatlah kpd yg miskin. Andai miskin, lihat kpd yg papa. Andai papa, lihatlah kpd yg cacat & seterusnya
Sering2lah berbuat Tahajjud dan Dhuha kerana ia membawa kepada kemudahan perkerjaan seharian dan terang perjalanan untuk beriman kepada Tuhan
Renungilah maksud Al-Quran yang tersirat maupun yang tersurat, ilmu lahir dari sering bermunajat dan risaukan ummat, itu jelas kita ummat Muhammad
Manusia lupa asal dan usul, kerana asyik dengan keseronokan dunia, Nabi dan Rasul berkorban jiwa, agar umat dapat agama
Jangan khuwatir persoalan rezeki, mudahkan ia dgn perbanyakkan Dhuha. Jangan yang wajib di tinggalkan pula, agar kehidupan tersusun lagi terlaksana
Our Holy Guide
Youth Says
Reminder for All Ummah
Pages
Penerokaan Ilmu
1997
Annex Prasekolah
1998-2003
Sek. Keb. Tengku Bariah
2004-2008
Sek.Men.Agama Persekutuan Kajang
2009-2010
Pusat Asasi Sains Universiti Malaya
2010
Fakulti Pergigian Universiti Malaya
Annex Prasekolah
1998-2003
Sek. Keb. Tengku Bariah
2004-2008
Sek.Men.Agama Persekutuan Kajang
2009-2010
Pusat Asasi Sains Universiti Malaya
2010
Fakulti Pergigian Universiti Malaya
Visitors
Blog Exploring
-
-
Penang Life8 years ago
-
3 years old8 years ago
-
-
Kalam Imam Shafie10 years ago
-
Lama10 years ago
-
-
Jodoh11 years ago
-
Ar-rahman, Ar-Rahim, Al-Karim11 years ago
-
Mentari Senja11 years ago
-
6 Habits of Strategic Thinkers12 years ago
-
A fresh start13 years ago
-
Mahram bagi wanita13 years ago
-
agen topup..13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment