Anda ikhlas dalam melakukan sesuatu??
Di sini dapat diperkatakan keikhlasan tidak dapat dilihat secara zahir...
Hanya hati kita sendiri yg mengetahuinya..


Hidupku.....
Aku tidak suka orang yang terpaksa melakukan sesuatu untukku...
Aku tidak suka memaksa-maksa orang untuk menolongku...
Aku tahu...bukan mudah untuk kita menolong orang,,
Berat mata memandang,,berat lagi menggalas bebanan....
Adakah kita perlu kisah kepada pertolongan orang yang ikhlas...!!


Aku akur..
Dunia ini berperingkat-peringkat...
Manusia juga mempunyai darjat buatan sendiri di dunia ini..
Kasta masyarakat yang tidak  tahu asal-usulnya..
Terbit dek kerana keangkuhan manusia yang gilakan kuasa,...


Yang lemah,,pasti ditindas....
Yang kuat..pasti diagung-agungkan....
Yang baik,,dipandang serong...
Yang buruk itulah dibangga-banggakan..
Dunia sekarang sudah terbalik..
Penuh alpa dan durjana...
Inikah kehidupan yang kita mahukan!!


Aku buntu....
Apa sebenarnya yang manusia inginkan....
Kenikmatan hidup dari benda yang tidak berguna....
Aku sedih..
Inikah manusia sebenarnya...
Si pelupa yang memang alpa dan hina..


Ikhlas,,,
itu yang aku mahukan...


Prinsip hidupku mudah...


Ikhlas..
Jujur...
Amanah..
Bertimbang rasa..
Bijak membuat keputusan,,
Sentiasa berhati-hati dalam apa jua hal...