Terengganu adalah salah sebuah daripada tiga negeri di pantai timur. Ia terletak di bahagian timur semenanjung Malaysia, betul-betul menghadap Laut China Selatan. Negerinya sungguh makmur dan tenteram. Daripada ketiga-tiga negeri di pantai timur, Terengganu boleh dikatakan negeri yang paling kaya dengan hasil lautan dan sumber mineral yang melimpah ruah.
Sejarah yang panjang
Sejarah Terengganu adalah amat panjang. Kuala Terengganu dipercayai telah dihuni dan didiami sekurang-kurang pada abad ke-10 masihi. Catatan cendekiawan daripada China seperti ’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao Cu Fei tahun 1178, menyebut ’Teng-ya-nu’. Buku ’Cu-fan-Cih’ karangan Cao Ju Kua tahun 1226 ada menyebut pula ‘Teng-ya-nung’. Ramai ahli sejarah tempatan berpendapat sama ada Coa Cu Fei atau Coa Ju Kua, kedua dua mereka tersebut merujuk kepada kedua-dua kepada namaTengganu atau sekarang dikenali Terengganu.
Pengaruh Islam
Terengganu dicatatkan sebagai negeri yang menerima pengaruh Islam paling awal di Tanah Melayu. Penemuan batu bersurat oleh seorang pendagang dan pendakwah Islam, Syed Hussein Ghulam al-Bukhari pada 1902 di Kuala Berang telah membuktikan bahawa Islam telah sampai di Terengganu sekurang-kurangnya pada abad ke-12 masihi. Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, tarikh sebenar batu ini adalah pada Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 masihi.
Negeri alim-ulama
Terengganu memiliki tradisi melahirkan ramai para alim ulama yang bertaraf wali. Antaranya adalahTokku Pulau Manis(Sheikh Abdul Malik), Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas(Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani), Tokku Tuan Besar (Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin), Tok Sheikh Duyung(Sheikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani), Tuan Guru Cik Umar Besut(Haji Umar bin Cik Ahmad) Tokku Paloh(Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus), Tok Ku Melaka(Saiyid Ahmad bin Saiyid Muhammad al-Aidrus) dan Haji Abdul Rahman Limbong.
Di kalangan ulama yang dicatatkan ada yang mempunyai jalur keturunan yang sama seperti Tokku Tuan Besar adalah bapa kepada Tokku Paloh dan datuk saudara kepada Tokku Melaka. Ada pula di kalangan mereka adalah guru kepada ulama-ulama lain. Misalnya, Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas adalah guru kepada Tokku Tuan Besar dan Tokku Paloh adalah guru kepada Haji Abdul Rahman Limbong. Kesinambungan alim ulama di Terengganu masih lagi berjalan sehingga ke hari ini dengan lahirnya beberapa ulama yang digelar ‘Tuan Guru’ seperti Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang, Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah,Tuan Guru Haji Abas Kuala Besut dan ramai lagi.
China Town di Kuala Terengganu.
Pemandangan Bukit Puteri daripada seberang laut.
baiu Pemandangan kesibukan kapal keluar masuk dari atas Bukit Puteri.
Pasar Tanjung
Kesibukan menjual beli di tapak pasar kedai payang sekarang.
Pemandangan daripada seberang laut kampung Pulau Duyung.
Kampung Pulau Duyung
Perarakan bunga emas dan perak untuk dihantar ke Bangkok.
Kampung Seberang Takir tahun 1947.
Feri yang membawa muatan daripada Kuala Terengganu ke Seberang Takir. Sekarang sudah dimodenkan dengan pembinaan Jambatan Sultan Mahmud.
Sewaktu banjir besar di Pulau Kambing.
Berjual beli di tapak Pasar Kedai Payang.
Satu pemandangan di kampung nelayan.
Suasana nelayan menarik perahu ke persisir pantai.
Kesibukan nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan.
Bandar Kuala Terengganu awal 1950-an.
Istana Badariah 1940-an.
Istana Maziah tahun 1895.
Masjid Abidin atau lebih dikenali Masjid Putih.
Istiadat diraja Terengganu tahun 1920-an.
Terengganu tahun 1980-an.
Tapak Pasar Marang tahun 1980-an.
Marang awal 1990-an.
Kuala Berang tahun 1950-an.
Perlabuhan Chukai dan bandar Kemaman tahun 1940-an.
Istana Kolam, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Kuala Terengganu
Pasar Kedai Payang sewaktu baru dibuka.
Kelihatan dengan jelas Bukit Besar di sebelah kanan gambar.
Kemeriahan pasar Kedai Payang.
Sekolah Melayu Pulau Duyong.
Sekolah agama Sultan Zainal Abidin.
Pemandangan di persisir pantai di Kuala Terengganu.
Perahu besar di muara Sungai Terengganu.
Terengganu tahun 1960-an.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...
Banggalah menjadi anak TERENGGANU DARUL IMAN..
ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU..