Showing posts with label jodoh. Show all posts
Showing posts with label jodoh. Show all posts

Dia JOdoh Kamu....

        
  Hanyalah sekadar buat renungan..DR.Love ingin berbicara seketika....JOdoh.??Adakah jodoh di tangan Tuhan..??Bolehkah kita berusaha mencari jodoh yang sesuai dengan kita!!...Di sini ada beberapa petanda yang memastikan adakah dia jodoh kamu akan tetapi jangan runsing jika tidak terdapat pada diri anda lantas kita perlulah berubah menjadi yang lebih baik untuk si dia,,


Petanda 1


Rahsia hubungan yang berpanjangan adalah wujudnya sikap saling membantu antara satu sama lain.Kamu dan si dia boleh saling menolong dalam apa jua perkara tidak kisahlah dalam pekerjaan mahupun jika berlaku masalah dalam hubungan kamu berdua.Paling penting kamu berdua selalu boleh menikmati kehidupan ini bersama-sama dan segalanya terasa amat menyenangkan. Apa sahaja masalah yang timbul kamu berdua mampu mengatasinya tanpa perlu melibatkan orang lain. Pendek kata hubungan kamu berdua berjalan seperti mana kamu dan si dia mahukan dan orang lain tidak meninggalkan apa-apa kesan dalm hubungan kamu.Kamu sudah saling mencukupi untuk satu sama lain. Jadi adakah kamu sudah dapat merasakan petanda ini?Jika Ya,bererti kamu sudah jumpa calon yang sesuia untuk sehidup semati dengan kamu...☺☺

Petanda 2

Salah satu kriteria yang memerlukan padan atau tidak kamu dengan si dia atau betul ke si dia itu jodoh kamu ialah kemampuan bersikap santai di depan kamu.Cuba kamu perhatikan sekarang, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian,caranya berbicara, serta gelak-tawanya adakah setiap satu yang si dia lakukan meninggalkan kesan kepada dirimu??Adakah setiap ucapannya spontan atau tidak dibuat-buat??JIka jawapan kepada semua soalan ini ialah tidak,minta maaf si dia bukan lelaki/wanita yang ditakdirkan untuk kamu..☻☻

Petanda 3

Semacam ada satu perhubungan batin antara kamu dengan dia kerana dia sentiasa tahu apa yang kamu fikirkan dan begitu juga sebaliknya. Dalam situasi tersebut, dai akan tahu apa yang kamu fikirkan dan dia tahu bagaimana reaksi kamu dalam perkara tersebut. Kamu juga begitu. Kadang-kadang persetujuan yang kamu berdua ambil tidak perlu diucapkan dengan kata-kata sebaliknya hanya saling memandang kamu dah tahu apa yang harus kamu berdua lakukan. Jika kamu selalu mengalami situasi seperti ini bermakna si dia memang telah ditakdirkan untuk dirimu kerana dia sebahagian dari diri kamu yang hilang selama ini...♥♥

Petanda 4

Bersamanya tidak wujud langsung perkataan bosan.Bila bersamanya,kamu terasa tenang, santai , dan langsung tidak tertekan. Segala-galanya menjadi lancar dan mengikut apa yang kamu inginkan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hati tidak membuatkan  kamu berasa bosan,sebaliknya kamu sering merinduinya bila tiba waktu untuk berpisah dan jika tidak melihat dirinya, kamu terasa sangat terseksa. Ini adalah satu petunjuk yang kamu berdua boleh saling terikat kerana chemistry antara kamu berdua telah wujud dab bukannya ikatan yang main-main sebaliknya melibatkan hati dan perasaan.○○

Petanda 5


Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apa sekalipun...Si dia boleh mengetahui mood kamu hri ini suka ataupun sedang berduka.Percayalah pasangan yang telah ditakdirkan mempunyai jodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut dalam bercinta.Sekarang,cuba kamu ingat kembali, adakah dia orang yang pertama datang memberikan bantuannya di saat kamu dilanda musibah?Di saat kamu sedang datang bulan,adakah si dia tahu yang dia perlu tinggalkan kamu seketika?Kalau dengar kamu tak sihat,adakah dia orang pertama yang datang membawakan kamu ubat??JIka ya,tak salah lagi,dialah prince charming yang kamu nanti-nanti selama ini...  **


Petanda 6


Si dia langsung tidak mengungkit atau mengambil tahu secara detailnya kisah cinta kamu yang lalu.Maca mana kamu kenal dan kenapa putus hanya ditanya di awal-awal perkenalan dan ia bukanlah soal yang besar baginya.Pada dia masa lalu kamu adalah kamu yang lalu bkan kamu yang sekarang.Dia juga tidak malu-malu bercerita kisah lalunya dan bersungguh-sungguh meyakinkan kamu yang kehadiran kamu dalam hidupnya telah memberinya semangat.Kalau begitu bererti si dia sudah nekad untuk menerima kamu seadanya dan dia juga harap kamu pun begitu..♥♥


Petanda 7


Setiap orang pasti memiliki kelemahan dan kamu tidak malu-malu untuk memperlihatkan kekurangan kamu itu kepada si dia.Misalnya,saat kamu tampil dengan keadaan yang sangat buruk di depannya sekalipun, contohnya waktu kamu baru bangun tidur atau ketika kamu sedang sakit atau tidak mandi selama dua hari. Kamu masih boleh slumber saja tanpa perlu cover-cover dan si dia langsung tak mengungkit kelemahan kamu itu sebaliknya senyuman sentiasa terhias di bibirnya.Sah!Dialah jodoh yang paling sesuai untukmu.♦♠


Petanda 8


Bila kamu rasa rahsia kamu lebih selamat berada di tangannya berbanding di tangan kawan-kawan kamu. Atau kamu dah tak mampu berahsia lagi dengannya walau apapun perkara,maka berbahagialah kerana ini bererti kamu telah menemukan pasangan sejati yang boleh sehidup dan semati denganmu..♥♥







ADakAh Anda??

Kita sebagai manusia dijadikan untuk hidup berpasangan.. 
Setiap insan mempunyai seseorang yang diminati atau lebih tepat disayangi dan dicintai..
Ingin mengenali pasangan yang baru bercinta.??
Berikut beberapa extract yang diadaptasi dari UJANG edisi Jun 2010




PERTAMA

Kalau bercakap dalam tepon dah gerenti berjam-jam lamanya.
Lepas tu sambil bercakap asik tersengih je sambil memintal-mintal
bucu bantal atau apa saje yang boleh dipintal.
Cerita dalam tepon ntah apa-apa tetapi tetap suka walaupun bosan.

                                   2 KEDUA


Keluar dating masa jalan2 jaraknya dua tiga depa..
Takpun sorang jln depan,sorg laen jauh nun ke belakang..
Pakwe plak tangan ke belakang,
yang pempuan plak tangan dua2 kt depan,

KETIGA


Selalunya bila pertama kali berdating mesti nak pergi taman bunga.
Masa duduk kat bangku di taman sorang duduk hujung sini,,
Sorang lagi duk hujung sana atau pempuan atas bangku,
lelaki duk tepi tasik..Romantik x?

                                       4 KEEMPAT


Semasa duduk kat restoran,baik jantan atau
yg pempuan takkan order mknn walaupun perut dah berbunyi.
Cukup lah minum air je..Yang pempuan akn kacau je air dengan straw
entah berapa kali.Tersipu-sipu malu..♥♥♥♥


Adakah ini pernah terjadi kepada anda??..Jangan gusar..☺☺Anda telah dilamun cinta♥♥♥ Namun,cinta yang sejati sukar dicari..◘◘◘.Belajarlah mengenali hati budi pasangan anda.♀.Bertolak-ansur dan banyakkan bersabar..Janganlah mudah marah dengan pasangan anda kerana sesuatu yang remeh-temeh..Syaitan sentiasa berada di mana saja untuk mengapi-apikan kita agar bermusuh antara satu sama lain...

Terimalah pasangan seadanya jika anda merasakan itulah jodoh anda..
Ingat bahawa JODOH di tangan Tuhan..
Kita pula hanya merancang dan berusaha mencari yang terbaik...

"

Makna Quran Surat Annur ayat 26 ‘bahawa laki-laki yang baik akan mendapatkan wanita-wanita yang baik dan begitupula sebaliknya "


Sama-samalah kita berusaha menjadi insan yang terbaik..Yang mampu membimbing pasangan masing-masing ke jalan yang diredhai-Nya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Retro Replica NFL NBA MLB Throwback Football Basketball Jerseys | hp printer ink cartridges refills| Professional Wedding Pianist | Jewelry Making Supplies