Syurga Cinta

NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA 

Dengarlah pesananan ini 

. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~
^_^
~ same2lah kite berMUHASABAH ~

Bumi Penyu


Terengganu adalah salah sebuah daripada tiga negeri di pantai timur. Ia terletak di bahagian timur semenanjung Malaysia, betul-betul menghadap Laut China Selatan. Negerinya sungguh makmur dan tenteram. Daripada ketiga-tiga negeri di pantai timur, Terengganu boleh dikatakan negeri yang paling kaya dengan hasil lautan dan sumber mineral yang melimpah ruah.

Sejarah yang panjang
Sejarah Terengganu adalah amat panjang. Kuala Terengganu dipercayai telah dihuni dan didiami sekurang-kurang pada abad ke-10 masihi. Catatan cendekiawan daripada China seperti ’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao Cu Fei tahun 1178, menyebut ’Teng-ya-nu’. Buku ’Cu-fan-Cih’ karangan Cao Ju Kua tahun 1226 ada menyebut pula ‘Teng-ya-nung’. Ramai ahli sejarah tempatan berpendapat sama ada Coa Cu Fei atau Coa Ju Kua, kedua dua mereka tersebut merujuk kepada kedua-dua kepada namaTengganu atau sekarang dikenali Terengganu.

Pengaruh Islam
Terengganu dicatatkan sebagai negeri yang menerima pengaruh Islam paling awal di Tanah Melayu. Penemuan batu bersurat oleh seorang pendagang dan pendakwah Islam, Syed Hussein Ghulam al-Bukhari pada 1902 di Kuala Berang telah membuktikan bahawa Islam telah sampai di Terengganu sekurang-kurangnya pada abad ke-12 masihi. Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, tarikh sebenar batu ini adalah pada Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 masihi.

Negeri alim-ulama
Terengganu memiliki tradisi melahirkan ramai para alim ulama yang bertaraf wali. Antaranya adalahTokku Pulau Manis(Sheikh Abdul Malik)Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas(Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani), Tokku Tuan Besar (Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin), Tok Sheikh Duyung(Sheikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani)Tuan Guru Cik Umar Besut(Haji Umar bin Cik Ahmad) Tokku Paloh(Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus), Tok Ku Melaka(Saiyid Ahmad bin Saiyid Muhammad al-Aidrus) dan Haji Abdul Rahman Limbong.
Di kalangan ulama yang dicatatkan ada yang mempunyai jalur keturunan yang sama seperti Tokku Tuan Besar adalah bapa kepada Tokku Paloh dan datuk saudara kepada Tokku Melaka. Ada pula di kalangan mereka adalah guru kepada ulama-ulama lain. Misalnya, Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas adalah guru kepada Tokku Tuan Besar dan Tokku Paloh adalah guru kepada Haji Abdul Rahman Limbong. Kesinambungan alim ulama di Terengganu masih lagi berjalan sehingga ke hari ini dengan lahirnya beberapa ulama yang digelar ‘Tuan Guru’ seperti Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang, Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah,Tuan Guru Haji Abas Kuala Besut dan ramai lagi.


China Town di Kuala Terengganu.

Pemandangan Bukit Puteri daripada seberang laut.

baiu
Pemandangan kesibukan kapal keluar masuk dari atas Bukit Puteri.

Pasar Tanjung

Kesibukan menjual beli di tapak pasar kedai payang sekarang.

Pemandangan daripada seberang laut kampung Pulau Duyung.

Kampung Pulau Duyung

Perarakan bunga emas dan perak untuk dihantar ke Bangkok.

Kampung Seberang Takir tahun 1947.

Feri yang membawa muatan daripada Kuala Terengganu ke Seberang Takir. Sekarang sudah dimodenkan dengan pembinaan Jambatan Sultan Mahmud.

Sewaktu banjir besar di Pulau Kambing.

Berjual beli di tapak Pasar Kedai Payang.

Satu pemandangan di kampung nelayan.

Suasana nelayan menarik perahu ke persisir pantai.

Kesibukan nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan.

Bandar Kuala Terengganu awal 1950-an.

Istana Badariah 1940-an.

Istana Maziah tahun 1895.

Masjid Abidin atau lebih dikenali Masjid Putih.

Istiadat diraja Terengganu tahun 1920-an.

Terengganu tahun 1980-an.

Tapak Pasar Marang tahun 1980-an.

Marang awal 1990-an.

Kuala Berang tahun 1950-an.

Perlabuhan Chukai dan bandar Kemaman tahun 1940-an.


Istana Kolam, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Kuala Terengganu

Pasar Kedai Payang sewaktu baru dibuka.

Kelihatan dengan jelas Bukit Besar di sebelah kanan gambar.


Kemeriahan pasar Kedai Payang.


Sekolah Melayu Pulau Duyong.


Sekolah agama Sultan Zainal Abidin.


Pemandangan di persisir pantai di Kuala Terengganu.


Perahu besar di muara Sungai Terengganu.


Terengganu tahun 1960-an.


Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...
Banggalah menjadi anak TERENGGANU  DARUL IMAN..
ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU..

Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan
 ''''人
'(____)
. ┃口┃     ''''人
. ┃口┃   '''''(_____)     . 人    
. ┃口┃  '''(__________)   '(____)   人
. ┃口┃____╭━━━━━╮_____'|_口|______​三
. ┃╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮ |三||╭╮╭╮ |
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ |
━━━( MARHABAN YAA RAMADHAN )━━━━





Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk hidup dalam bulan yang penuh barakah ini.. Ramadhan telah pun tiba.Semoga dalam bulan yang mulia ini, kita akan benar-benar mengambil peluang seumur hidup ini untuk beribadat kepadaNya,Yang Maha Esa. Pada awalnya, fasa keberkatan..di tengahnya,fasa pengampunan manakala di hujungnya, fasa pembebasan dari api neraka..Moga-moga kita mendapat ketiga-tiga fasa ini dari Allah SWT untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. 

Mari kita hayati pengumuman di bawah ini..

~PERHATIAN!!!!!

kemasukan baru ke universiti..

tarikh : 1 Ogos 2011
name U : Universiti Ramadhan
course wajib : berpuasa
course special : terawih
course tambahan : bace quran , zikir,solt sunat,sedekah dll.
klulusan : ijazah takwa
konvo : 1syawal

*extra...tawaran mlnjutkn pgajian ke peringkat master
course : puasa 6...

JOM JOIN!!!-------(~,^)~~






Sebelum mengakhiri warkah ini,hayatilah lagu Ramadhan yang ditulis oleh Ust.Wan Noh ini..  ­­ ­

♪♪♫♫

Ramadhan bulan yang suci (yang suci),
Rahmat melimpah dari Ilahi,
Banyakkan amal di bulan ini,
Rahmat melimpah dari Ilahi.

Di bulan ini turunnya Quran,
Lailatul Qadar harus dicari,
Amal semalam seribu bulan,
Jangan abaikan perintah tuhan.

Pintu Syurga Dia bukakan,
Pintu Neraka Dia tutupkan,
Dirantai hina segala Syaitan,
Hikmah ibadah kepada tuhan.

♪♪♪♫♫♫


Lepasan PASUM Teraniaya??



" Pusat Asasi Sains Universiti Malaya atau PASUM, namanya gah di persada pendidikan pra-Universiti tempatan. Dibanggakan oleh pelajarnya, dicemburui oleh yang tidak ditawar. Disangka gerbang kepada impian kami yang tinggi melangit. Yang mendapat tawaran bukanlah calang-calang pelajar. Semuanya mendpat keputusan cemerlang dalam SPM. Ini bukti bahawa pelajar-pelajarnya mempunyai daya saing yang tinggi dan budaya kecemerlangan yang konsisten serta cita-cita yang jelas.

Namun, realiti pahitnya hanya diketahui oleh insan-insan yang melalui program ini sahaja. Banyak pelajar gagal di sini. Gagal bagi kami bukanlah bererti mendapat gred G dalam peperiksaan, cukup untuk kami menganggap diri kami gagal apabila gagal mendapat kursus yang diingini dek kerana kejelasan impian juga cita-cita kami. Sudahlah tidak ditawarkan kurusus yang diingini, universiti yang ditawarkan pula kebanyakkannya merupakan universiti yang baru ditubuhkan dan masih mempunyai ranking yang rendah.Tidak boleh dinafikan, ada pelajar yang berjaya di sini. Namun jika kita teliti dan fikir dengan menggunakan akal yang waras tanpa campur tangan emosi, secara statistik, satu sampel yang dikaji pasti membentuk graf berbentuk loceng. Pastinya dalam setiap sampel, akan ada nilai yang tertinggi dan terendah. Namun nilai ini bergantung kepada jenis sampel. Contohnya, jika sampel yang dikaji adalah satu komuniti kuda, kuda yang mempunyai kelajuan terendah tidak boleh dianggap lebih perlahan daripada keldai yang mempunyai kelajuan terpantas dalam komuniti keldai. Begitu juga komuniti pelajar PASUM, yang telah disebutkan, mempunyai budaya kecemerlangan yang konsisten, impian yang nyata serta sentiasa berusaha ke arah mencapai cita-cita. Kami tidak boleh dibandingkan dengan pelajar dari institusi lain.Apakah kelebihan belajar di PASUM, selain silibusnya yang lebih serta gred pemarkahan yang tinggi? Mungkin peluang yang lebih tinggi untuk diserap masok semula ke UM? Tidak. PASUM diletakkan di bawah kategori yang sama dengan Kolej Matrikulasi KPTM dalam borang permohonan UPU. Apa maksudnya? Jawapannya, lepasan PASUM mempunyai peluang yang sama dengan pelajar Kolej Matrikulasi KPTM untuk masuk ke UM. Kelebihan seterusnya, mungkin pelajar PASUM hanya perlu memperoleh PNGK 3.8 untuk diserap masuk ke kursus-kursus yang kompetitif? Tidak juga. Jadi jika ada sebarang idea mengenai kelebihan belajar di PASUM, sila bincang di wall.Kami berharap, tindakan yang sepatutnya dapat difikirkan dengan kadar yang segera, supaya jiwa-jiwa muda kelak tidak hancur, sepertimana hati dan impian kami yang telah hancur ini. Sekian, andai terkasar bahasa, tersilap fakta, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf dengan rendah diri dan penuh rasa insaf. Namun jika perkara ini ada benarnya, maka tindakan lanjut harus di ambil. " 



ARTIKEL INI DIPETIK DARI GROUP FB LEPASAN PASUM TERANIAYA...
Apa pendapat anda? 




Salam..saya merupakan salah seorang alumni PASUM..Alhamdulillah,saya berjaya menruskan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya,, Untuk pengetahuan semua,kita tidak boleh menafikan para pelajar PASUM bukannya calang-calang pelajar kerana kebanyakannya merupakan pelajar cemerlang dalam SPM malah ramai daripadanya adalah lepasan SBP/MRSM dan sekolah-sekolah cemerlang..Kata kunci yang boleh mematangkan kita untuk belajar di PASUM adalah budaya belajar yang konsisten disamping rakan sebaya..Masuk PASUM bukannya masa nk berasmara, bergaya tak tentu pasal sampai lupa diri tetapi apa yang penting 4.00 harus dikejar,,,

SOcial life is really important but do balance it with Study...One more thing, about the university offered;it's not easy to get our dream university because of the system and quota..It doesn't mean that if we're offered the low-ranking university,we are not excellent...PASUM students whose are the best are really demanded by other universities too..So,be grateful with what has been given to us..



Jangan Malas

SUAMI YANG MALAS





Cerita teladan utk suami2 yang malas.......

Di sebuah kedai roti, Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk,

"Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye". "Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak.

Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?". "Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah.

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala- galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat". "Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu. "Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob. "Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"hehe

p/s moral of the story: jangan mala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Retro Replica NFL NBA MLB Throwback Football Basketball Jerseys | hp printer ink cartridges refills| Professional Wedding Pianist | Jewelry Making Supplies