Dalam kesibukan kita mengejar ilmu di dunia ini, kita hampir terlupa mengenai kedatangan bulan Rejab yang amat diberkati Allah ini..Banyak manfaat yang kita bakal peroleh jika banyak amalan-amalan soleh yang diamalkan dalam bulan Rejab..Rejab merupakan Bulan Allah..(Shahrullah).Oleh itu,sungguh beruntunglah sesiapa yang mengetahui dan beramal padanya, dan sungguh rugilah sesiapa yang tidak mengetahuinya dan tidak pula beramal padanya..
Berikut merupakan kelebihan-kelebihan bulan REJAB menurut Hadis Rasulullah dan para tabiin..
Nabi Muhammad (SAW) pernah bersabda: Hendaklah kamu muliakan bulan Rejab nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan pada hari Qiamat. ►Alhadith
Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi iaitu Firdaus,puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya..►Alhadith
Bulan Rejab bulan Allah,diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya:
Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi iaitu Firdaus,puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya..►Alhadith
Bulan Rejab bulan Allah,diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya:
- Diampunkan dosa yang lalu
- Dipeliharakan Allah umurnya yang masih ada
- Terlepas dari dahaga pada hari Qiamat ►Alhadith
Saudara saudari yang diberkati ALLAH,sama-samalah kita menghayati kata pujangga berikut:
Rejab bulan MENABUR benih,
Syaaban bulan MENYIRAM tanaman,
Ramadhan bulan MENUAI hasil..
Rejab bulan MENYUCIKAN badannya,
Syaaban bulan MENYUCIKAN jiwanya,
Ramadhan bulan MENYUCIKAN rohnya..
Rejab bulan KEAMPUNAN dari Allah,
Syaaban bulan SYAFAAT,
Ramadhan bulan mengadakan KEBAJIKAN..
Rejab bulan TAUBAT,
Syaaban bulan MUHIBBAH,
Ramadhan bulan dilimpahkan PAHALA..
Rejab bulan digandakan 70 pahala,
Syaaban bulan digandakan 700 pahala,
Ramadhan bulan digandakan 100 pahala..
Semoga hati kita semua terbuka untuk memperbanyak amalan soleh pada bulan yang penuh berkat ini iaitu bulan Rejab..Ramadhan semestinya amat dinantikan oleh semua akan tetapi Rejab dan Syaaban lah bulan yang melatih kita untuk bersiap sedia menghadapi Ramadhan yang bakal tiba..
0 comments:
Post a Comment