Ketika itu,guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..
Pelajar, " Cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?
Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan??"
Guru. " OK.Kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil
memandang rumput di depan kamu.Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walau sekali.Dah petik rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas."
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.
Kemudian,
Cikgu bertanya: '' Kenapa tiada rumput yang dipilih?''
Pelajar menjawab;" Tadi masa berjalan,saya carilah rumput yang paling cantik.Memang ada banyak yang
cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan
tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi sampai di penghujung padang,saya tak jumpa pun
yang PALING cantik.Mungkin ada di antara yang belakang saya tadi yang PALING
cantik tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,jadi tiadalah rumput yang
saya boleh petik."
Cikgu: " Yang itulah jawapannya.Maknanya apabila kita telah berjumpa orang yang kita sayang,janganlah kita
mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada di depan kita sebaik-
baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.Semoga
yang berlalu tidak berulang lagi.Dan ingatlah orang yang PALING kita SAYANG itulah yang
PALING CANTIK dan PALING BAIK walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik
seperti rumput tadi...