Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts

►►Neraca Yang Rosak◄◄

Semenjak  kecil lagi.setiap orang sudahpun memiliki impian buat masa hadapan...Ibubapa,cekgu-cekgi mahupun rakan taulan pasti selalu mengajukan soalan kepada kita..
"ape cita-cita awak bila besar nanti?"tanya seseorang kepada kita.
Dengan secara 'stereotype'nye,kita sudah pasti dengan tidak teragak-agak menjawab,
"Aku nak jadi doktor lah..,peguam lah.....hakim lah...,jurutera lah..."

             

Tapi,cuba kita renungkan,adakah cita-cita sewaktu kita kecil menjadi mimpi yang terindah di mana impian tersebut menjadi realiti..Apa yang ingin diperkatakan bukanlah mengenai cita-cita tetapi pekerjaan yang kita lakukan sekarang..Para graduan,lulusan STPM,.diploma mahupun lulusan SPM sudah ade yang bekerja di sektor awam mahupun swasta.Pelbagai jawatan disandang malah dapat dilihat secara berperingkat sama seperti multi-level marketing(MLM)..Yang diatas,yang berkuasa begitu mudah bekerja dengan sokongan pekerja-pekerja bawahan.Yang dilakukan hanyalah bergoyang kaki di dalam ruang pejabat yang diselaputi hawa dingin yang begitu mendamaikan malah dapat membawa kita ke dalam mimpi iaitu tertidur.Betul kata orang, menjadi bos memang best.Hanya mengarah pekerja dan sekali-sekala memeriksa file-file pejabat...Wah,alangkah nikmatnya hidup ini yang begitu menenangkan fikiran dari segala kekusutan yang berlegar-legar di benuk fikiran..


Sungguhpun menjadi orang atasan begitu diimpikan oleh semua orang,tetapi bagiku kini semuanya tinggal kenangan.Peristiwa yang berlaku hari ini membuatkan aku semakin benci menjadi golongan atasan..Aku sekeluarga pergi lah ke sebuah bangunan kerajaan pagi tadi..Tengok surat pukul 9.30pg adalah masa temujanji tersebut.Puas kami menunggu tetapi tiada respons yang diberikan staff sokongan.Aku meringankan langkah yang tak seberat mana ini menuju ke kaunter pertanyaan namun agak mengecewakan aku..HAKIM masih dalam perjalanan menuju ke pejabat tersebut..Jam telahpun menunjukkan waktu 9.45pg..Aku sangat geram inikah yang diterapkan kepada seorang insan yang bergelar hakim.Adil kah hakim??Saksama ke??Ketepatan masa pun tak terjaga bagaimana nak mengadili perbicaraan nih..!!.How come it could be like this??..Tunggu punya tunggu masih tidak muncul lagi manusia yang kita hornat sangat tuh...

 

Tiba-tiba muncullah lelaki tua,berkaca mata,berpakaian kemas dengan membawa fail-fail penting yang dibimbitnya.Aku sudah agak itulah hakim tersebut.Abang-abangku dan emak memang sudah agak dialah oranganya.Sudahlah datang lambat,boleh pulak dia bergayut!!!!Maksud aku on-phone sampai bazir begitu sahaja masa kami..Tepat pukul 10pg,salah seorang staff memanggil kami masuk lalu perbicaraan dimulakan.. Ketika perbicaraan berjalan,hakim menzahirkan rasa tidak puas hatinya kepada staff tersebut kerana tidak menyudahkan kerja kira-kira terlebih dahulu sebelum urusan diuruskan olehnya...Inilah yang diperkatannya: " Sepatutnya semua kerja ini dah lama disiapkan,bukan baru sekarang nak sibuk kira..Kita ada banyak kerja lagi ini.Makan gaji pun boleh lagi tangguh kerja macam ini.."kata hakim kepada staff tersebut indirectly tetapi kami dengar ape yang diucapkannya itu.Kami diam jer tapi dalam hati macam-macam terkeluar. @#$%^^&&*(*&^%##@$%^...

Tepat jam 10.30pg, selesailah perbicaraan itu..Kami pun keluar dari bilik perbicaraan tersebut.Tiba-tiba abang ngah aku bersuara menyatakan rasa menjelikkan kepada hakim itu. Dia pun bersalah jugak kerana datang lewat tapi tak sedar diri betul..Inikah etika kakitangan kerajaan yang kita perlu bela??Namun,aku di sini hanya meluahkan apa yang ade dalam hati ini..Semua perkara yang dilakukan kita Tuhan tahu segalanya. Hakim di dunia mesti ingat bahawa anda bukanlah hakim yang seadil-adilnya seperti di akhirat nanti.. Reflect yourself to be a better and respected judges....





Seloka SMAPK.


























Zaman sekolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang buang ke longkang;'
Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama SMAP Kajang"

Bertudung labuh ayu sentiasa,
Ikhlas atau peraturan semata,
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula.

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar.

Dulu cakap dengan sisters jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar dengan buah hati,
"Bro, rasa malu tu campak pergi Thailand ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk sajer,
"Alah. Aku banyak kerja lain la..."

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.

Orang cakap budak sekolah agama berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah lah kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ka?"

Itulah realiti budak sekolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja,
"Tak sesuai lah semua-semua ni kat luar!"

Kasihan ustaz mengajar kita,
Kasihan mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita pula ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tidak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.

dipetik dari group smapk.(friendster)....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Retro Replica NFL NBA MLB Throwback Football Basketball Jerseys | hp printer ink cartridges refills| Professional Wedding Pianist | Jewelry Making Supplies