Showing posts with label taubat. Show all posts
Showing posts with label taubat. Show all posts

Rejab Tiba Kembali..

        Dalam kesibukan kita mengejar ilmu di dunia ini, kita hampir terlupa mengenai kedatangan bulan Rejab yang amat diberkati Allah ini..Banyak manfaat yang kita bakal peroleh jika banyak amalan-amalan soleh yang diamalkan dalam bulan Rejab..Rejab merupakan Bulan Allah..(Shahrullah).Oleh itu,sungguh beruntunglah sesiapa yang mengetahui dan beramal padanya, dan sungguh rugilah sesiapa yang tidak mengetahuinya dan tidak pula beramal padanya..


Berikut merupakan kelebihan-kelebihan bulan REJAB menurut Hadis Rasulullah dan para tabiin..

Nabi Muhammad (SAW) pernah bersabda: Hendaklah kamu muliakan bulan Rejab nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan pada hari Qiamat. ►Alhadith

Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi iaitu Firdaus,puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya..►Alhadith

Bulan Rejab bulan Allah,diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya:
  • Diampunkan dosa yang lalu
  • Dipeliharakan Allah umurnya yang masih ada
  • Terlepas dari dahaga pada hari Qiamat                  ►Alhadith


Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(Qiamullail), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun-diampukan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika Al-Quran diterbangkan ke langit, 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika meniti titian Siratulmustaqim.      ►Alhadith  

Saudara saudari yang diberkati ALLAH,sama-samalah kita menghayati kata pujangga berikut:

               Rejab bulan MENABUR benih,
               Syaaban bulan MENYIRAM tanaman,
               Ramadhan bulan MENUAI hasil..

               Rejab bulan  MENYUCIKAN badannya,
               Syaaban bulan  MENYUCIKAN jiwanya,                      
               Ramadhan bulan  MENYUCIKAN rohnya..

               Rejab bulan KEAMPUNAN dari Allah,
               Syaaban bulan SYAFAAT,
               Ramadhan bulan mengadakan KEBAJIKAN..

               Rejab bulan  TAUBAT,
               Syaaban bulan MUHIBBAH,
               Ramadhan bulan dilimpahkan PAHALA..

               Rejab bulan  digandakan 70 pahala,
               Syaaban bulan digandakan 700 pahala,
               Ramadhan bulan digandakan 100 pahala..

Semoga hati kita semua terbuka untuk memperbanyak amalan soleh pada bulan yang penuh berkat ini iaitu bulan Rejab..Ramadhan semestinya amat dinantikan oleh semua akan tetapi Rejab dan Syaaban lah bulan yang melatih kita untuk bersiap sedia menghadapi Ramadhan yang bakal tiba..

►►Neraca Yang Rosak◄◄

Semenjak  kecil lagi.setiap orang sudahpun memiliki impian buat masa hadapan...Ibubapa,cekgu-cekgi mahupun rakan taulan pasti selalu mengajukan soalan kepada kita..
"ape cita-cita awak bila besar nanti?"tanya seseorang kepada kita.
Dengan secara 'stereotype'nye,kita sudah pasti dengan tidak teragak-agak menjawab,
"Aku nak jadi doktor lah..,peguam lah.....hakim lah...,jurutera lah..."

             

Tapi,cuba kita renungkan,adakah cita-cita sewaktu kita kecil menjadi mimpi yang terindah di mana impian tersebut menjadi realiti..Apa yang ingin diperkatakan bukanlah mengenai cita-cita tetapi pekerjaan yang kita lakukan sekarang..Para graduan,lulusan STPM,.diploma mahupun lulusan SPM sudah ade yang bekerja di sektor awam mahupun swasta.Pelbagai jawatan disandang malah dapat dilihat secara berperingkat sama seperti multi-level marketing(MLM)..Yang diatas,yang berkuasa begitu mudah bekerja dengan sokongan pekerja-pekerja bawahan.Yang dilakukan hanyalah bergoyang kaki di dalam ruang pejabat yang diselaputi hawa dingin yang begitu mendamaikan malah dapat membawa kita ke dalam mimpi iaitu tertidur.Betul kata orang, menjadi bos memang best.Hanya mengarah pekerja dan sekali-sekala memeriksa file-file pejabat...Wah,alangkah nikmatnya hidup ini yang begitu menenangkan fikiran dari segala kekusutan yang berlegar-legar di benuk fikiran..


Sungguhpun menjadi orang atasan begitu diimpikan oleh semua orang,tetapi bagiku kini semuanya tinggal kenangan.Peristiwa yang berlaku hari ini membuatkan aku semakin benci menjadi golongan atasan..Aku sekeluarga pergi lah ke sebuah bangunan kerajaan pagi tadi..Tengok surat pukul 9.30pg adalah masa temujanji tersebut.Puas kami menunggu tetapi tiada respons yang diberikan staff sokongan.Aku meringankan langkah yang tak seberat mana ini menuju ke kaunter pertanyaan namun agak mengecewakan aku..HAKIM masih dalam perjalanan menuju ke pejabat tersebut..Jam telahpun menunjukkan waktu 9.45pg..Aku sangat geram inikah yang diterapkan kepada seorang insan yang bergelar hakim.Adil kah hakim??Saksama ke??Ketepatan masa pun tak terjaga bagaimana nak mengadili perbicaraan nih..!!.How come it could be like this??..Tunggu punya tunggu masih tidak muncul lagi manusia yang kita hornat sangat tuh...

 

Tiba-tiba muncullah lelaki tua,berkaca mata,berpakaian kemas dengan membawa fail-fail penting yang dibimbitnya.Aku sudah agak itulah hakim tersebut.Abang-abangku dan emak memang sudah agak dialah oranganya.Sudahlah datang lambat,boleh pulak dia bergayut!!!!Maksud aku on-phone sampai bazir begitu sahaja masa kami..Tepat pukul 10pg,salah seorang staff memanggil kami masuk lalu perbicaraan dimulakan.. Ketika perbicaraan berjalan,hakim menzahirkan rasa tidak puas hatinya kepada staff tersebut kerana tidak menyudahkan kerja kira-kira terlebih dahulu sebelum urusan diuruskan olehnya...Inilah yang diperkatannya: " Sepatutnya semua kerja ini dah lama disiapkan,bukan baru sekarang nak sibuk kira..Kita ada banyak kerja lagi ini.Makan gaji pun boleh lagi tangguh kerja macam ini.."kata hakim kepada staff tersebut indirectly tetapi kami dengar ape yang diucapkannya itu.Kami diam jer tapi dalam hati macam-macam terkeluar. @#$%^^&&*(*&^%##@$%^...

Tepat jam 10.30pg, selesailah perbicaraan itu..Kami pun keluar dari bilik perbicaraan tersebut.Tiba-tiba abang ngah aku bersuara menyatakan rasa menjelikkan kepada hakim itu. Dia pun bersalah jugak kerana datang lewat tapi tak sedar diri betul..Inikah etika kakitangan kerajaan yang kita perlu bela??Namun,aku di sini hanya meluahkan apa yang ade dalam hati ini..Semua perkara yang dilakukan kita Tuhan tahu segalanya. Hakim di dunia mesti ingat bahawa anda bukanlah hakim yang seadil-adilnya seperti di akhirat nanti.. Reflect yourself to be a better and respected judges....





Kita Semua Belajar Agama..

Kita semua belajar agama,
Dah tahu hukum-hakamnya,
Tapi aurat main dedah saja,
Atau saja nak buat dosa berganda.

Kita semua belajar agama,
Ilmu itu kira dalamlah juga,
Tapi perangai macam orang gila,
Belajar akhlak saja tapi tak guna.

Kita semua belajar agama,
Dah tahu mana betul salahnya,
Tanggungjawab entah campak ke mana,
Disiplin sekolah main langgar belaka.

Kita semua belajar agama,
Baik buruk dah tahu semuanya,
Cikgu cakap sampai pendek nyawa,
Tapi masih tak sedar juga.

Kita semua belajar agama,
Dosa pahala dah tahu belaka,
Adab sopan entah hilang ke mana,
Tapi masih tak sedar juga.

Kita semua belajar agama,
Dah dapat beza baik buruknya,
Tapi kenapa tak insaf juga,
Ke tak nak masuk syurga?

Kita semua belajar agama,
Semua manusia bukannya beruk mahupun kera,
Kalau orang tegur adalah salahnya,
Ini tak..Mulut bukan main mengata.

Kita semua belajar agama,
Akal fikiran semua dah sempurna,
Kenapa 'dating' masih berleluasa,
Tak sedar ke Kiamat da nak tiba?

Kita semua belajar agama,
Tegakkan syi'ar jadilah orang berguna,
Hidup ini bukannya lama,
Banyakkan pahala kurangkan dosa.

Kita semua belajar agama,
Ada ilmu agama tapi tak guna,
Sekadar tambah koleksi di kepala,
Kan dah menambah dosa.

Ini bukan hiburan sebenarnya,
Cuma nak lepas geram sahaja,
Dah tahu sekolah agama,
Jaga perangai supaya tak dihina.

Maaf dipinta kalau terasa,
Tpi kalau terasa padanlah muka,
Maknanya semua ini engkaulah punya angkara,
Mintalah ampun pada yang Esa,
Berpijaklah di bumi yang nyata.

Disunting dari Annur Edisi 16 Beyond Ordinary
Hasil karya,,,
Fikhri Sumari,Firdaus Zaidi n Sick Bay Crew 2007
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Retro Replica NFL NBA MLB Throwback Football Basketball Jerseys | hp printer ink cartridges refills| Professional Wedding Pianist | Jewelry Making Supplies