Kapal terbang...

Begitu lama mengambil masa untuk naik meluncur ke udara.
Persediaan agak teliti diambil sebelum berlepas.
Dari satu bahagian ke satu bahagian,
Semuanya diperiksa,diuji terlebih dahulu..
Setelah semuanya dipastikan selamat dab berfungsi dengan baik,
Bolehlah pilot mengemudinya.
Panel kawalan pilot amatlah kompleks.
Risiko terhempas tidak dibimbangi sesiapa.
Pilot telah dilatih dengan sempurna.
Lesen untuk terbang juga bukan mudah untuk dimiliki,
Pilot harus belajar sebelum bisa membawanya.
Setiap penumpang pula perlu berhati-hati,
Menuruti setiap arahan anak kapal terbang..
Tali pinggang keledar  haruslah dipakai sebelum berlepas..
Langkah kecemasan dipamerkan juga.
Semua ini begitu penting jika mahu selamat tiba di destinasi ditujui..




Iman manusia,
Boleh diumpamakan sebagai kapal terbang.
Untuk memiliki iman yang mantap bukan mudah.
Mustahil mempunyai iman yang tinggi hanya sepantas kilat..
Oleh itu,iman pada diri kita dapat diperolehi secara perlahan.
Dalam masa itu,kita perlu berjaga-jaga dengan musuh kita;syaitan..
Jika kita mampu menghindari syaitan.maka iman bisa naik,
Tanpa diganggu oleh sesiapa seperti kapal terbang berlepas,
dengan lancarnya setelah diperiksa terlebih dahulu..
Pilot pula boleh diibaratkan seperti manusia..
Manusia perlu dibimbing dengan ilmu agama yang teguh seperti mana.
seorang pilot melakukannya untuk membawa kapal terbang.
Amalan harian kita pula digambarkan seperti penumpang..
Setiap perkara yang dilakukan kita mesti berlandaskan syarak.
Kita perlu menuruti apa yang diajar dalam agama..
Maka dengan itu,selamatlah kita di dunia dan akhirat.






Pendaratan kapal terbang begitu mudah..
Amat pantas sekali tanpa perasaan bimbang oleh pilot..
Setiap penumpang amat bergembira kerana tiba di destinasi ditujui.
Maka tali pnggang keledar pun disentap dengan kuatnya.
Dapat kita bandingkan pendaratan kapal terbang ini dengan iman kita.
Iman kita pasti akan turun dengan cepat sekiranya;
♠ kita tidak melakukan amalan yang disyariatkan,
♠ kita kurang menuntut ilmu agama,
♠ kita cepat membiarkan diri dipengaruhi,
♠ kita leka dengan keseronok dunia..




Kesimpulannya,iman sukar dibendung tetapi amat mudah untuk dibiarkan..Usaha pendakwah juga dilakukan dengan bijaksana.Manusia perlu dibimbing dengan lemah lembut tanpa sebarang paksaan..Hati ini tergerak untuk menulis luahan ini setelah saya berbual dengan sahabat lama saya..Dia telah banyak berubah dari segi penampilan serta adab tingkahlakunya..Daripada seorang yang biasa-biasa tidak mustahil mampu menjadi seorang pendakwah..Orang yang mengajak kita melakukan kebaikan.Diharapkan kita semua menyedari diri ini yang kurangnya iman..Sekali jentik pasti akan lenyap entah ke mana..