Week of Challenges

One week left for me to revise on the topics of Semester Test 2.1.
Is it worth me?Only God knows the answer.
But,I must focus on what I'm doing.
To be smart person,we should practise SMART tips...
S-Specific
M-Measurable
A-Attainable
R-Realistis
T-Time framed

Time framed is very import.We'll work on what has been scheduled.
It's crucial to obey the timetable prepared to ensure we are on the right track.







This week is the STUDY week..
Usually,It must be pleasure for us during this luxurious week..
HOwever,strongly to remind,I dun want to fail again in this Test...
So,what should I do?
Should I isolate myself in one space from other people?



Or maybe this's what people always think about?
Perhaps,we are excluded.

Absolutely,early preparation is the best answer to excel in exam...At eleventh hour,everything goes wrong. Clumsy,nervous,etc will become more extreme and we'll become tensed and easily think of giving up.
Be strong,Be wise,Be patient,,Be passionate...



Cinta Sebelum Berkahwin

Cinta Sebelum Berkahwin:

Cinta sebelum berkahwin telah menjadi gaya hidup zaman kini akibat pengaruh budaya luar. Cinta dalam Islam adalah sesuatu yang unik, suci, jujur dan amanah. Ianya tidak akan ada melainkan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Islam mengajar umatnya supaya bercinta dalam bentuk yang sah dengan penuh jujur, amanah, menjaga maruah dan beradab. Semuanya tidak wujud dalam cinta sebelum berkahwin.

Daripada Ibn ‘Abbas katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Kami tidak melihat bagi dua orang yang berkasih sayang seperti perkahwinan. (Ibn Majah: no. 1847)

Jika ada cinta dan kasih di antara dua orang maka itu kasih itu tidak dapat menandingi hubungan perkahwinan yang didiri atas tuntutan syariat. Sebab itu, cinta tidak kena pada tempatnya dan sebelum masanya dikira sebagai penyakit kronik, kerana ia lari dari sifat dan cara asalnya. Sebelum menyintai seseorang atau sesuatu, hendaklah cinta dan kasih kepada Allah bertapak kemas dalam diri. Jika ini ada, maka seseorang tidak akan berani menyintai sesuatu yang tidak harus baginya.

Cinta sebelum berkahwin mengundang pelbagai kemungkinan. Titik permulaannya ialah dia terpesona dengan wanita. Inilah yang dinamakan fitnah. Apabila penyakit terpesona ini menimpai maka akan melarat kepada pertemuan, perbualan, bersunyian. Dari cara yang sederhana kepada yang lebih mesra. Daripada serius kepada senda gurau. Seterusnya dilitupi awan-awan khayalan. Walaupun pada asalnya dia mempunyai niat yang baik namun, niat yang baik tidak sekali-sekali mengharuskan sesuatu yang tidak harus.

Banyak batas-batas syariat yang dilanggar apabila terjerat dalam perangkap cinta:-

1 - Pandangan mata yang tidak dapat dikawal kerana terfitnah dan terpesona akibat panahan mata kekasih.

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah al-Nur: 30)

Pandangan mata wajib dijaga kerana banyak perkara dan juga masalah lain yang mengikutinya.

2 – Terpesona percakapan dan suara yang lunak

Apa yang selalu berlaku di kalangan pasangan bercinta ialah suka berbual sehingga dalam perkara yang tidak mendatang manfaat sama ada secara bersemuka, talian telefon mahupun internet. Perbualan bukan sekejap.

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al-Ahzab: 32)

Walaupun perintah menjaga kata ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. ia juga merangkumi ummatnya kerana mempunyai illah (sebab hukum yang sama, iaitu kata-kata yang manja dan lunak itu ada pada orang perempuan.

3 - Hati yang menyembunyi pelbagai perasaan

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. (Surah Ghafir: 19)


Allah s.w.t. mengetahui persuatan seseorang mencuri pandangan kepada orang yang bukan mahramnya, dan perasaan jahat atau baik yang yang tersembunyi di dalamnya.

4 - Hawa nafsu bergelora dalam diri

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya; (Surah al-Nur: 33)

Perintah Allah s.w.t. supaya menjaga kesucian diri dan mengawal hawa nafsu dengan cara menjaga pandangan, bersabar dan berpuasa


Cinta sebelum berkahwin bukan satu jaminan kepada kebahagian akan datang. Alam percintaan adalah sesuatu yang tidak realistik, penuh khayalan dan mengelirukan. Sekian ramai pasangan yang dilamun cinta mendirikan rumah tetapi usia perkahwinan mereka lebih singkat daripada tempoh bercinta. Jika sudah terperangkap maka hendaklah menyegerakan perkahwinan kerana ia satu-satunya jalan pengubatannya.

Jika hati sudah terpesona kepada seseorang atau apabila sudah sampai seru untuk berkahwin, mintalah keluarga pergi untuk merisik calon. Ini lebih beradab dan bertanggungjawab daripada mengemukakan sendiri. Oleh kerana perkahwinan melibatkan banyak aspek kepentingan, tanggungjawab, persaudaraan dan kekeluargaan maka sewajibnya ia dimulakan dengan cara yang betul penuh ketaqwaan bukan terikut-ikut dengan budaya asing. Perkahwinan bukan hanya didirikan atas dasar cinta sahaja tetapi tanggungjawab dan juga amanah.

 
Allaualam...


Broga Hill

Bukit Broga,the best place that we should step on..
Full of calm,tranquil destination out of hectic,urban life.
The greenery is the awesome memories that will never fade away from my heart.
The experience climbing up the hill will never be forgotten.
Lots of happiness were captured for the first time being there.
The joyful moment is the most wonderful thing for me..
There,I can meet with the so-called Crucial Thing of Mother Nature.
I love nature.It's really mesmerizing me..
Being part of nature will let me to explore myself..
My strength,
my passion,
my spirit towards success,
and last but not least to gain awareness about the purpose of life.





Here we are..At there top of the world..
Similar to The climax of life that we should spend wisely.

Cuba kita renungkan..
Hidup ini ibarat mendaki bukit.
Pada mulanya,kita mempunyai niat yg sama utk smpai ke puncak.
Di pertangahan pendakian,kita mula berada pada jarak yang berbeza.
Yang pantas sudah tentu menjejakkan kaki dahulu,
Yang perlahan pasti ditinggalkan kebelakangan..
Tapi,semua orang pasti akn sampai di puncak,Cuma masa membezakannya.
Apabila kita sudah puas,lama berada di atas,kita akan mula turun ke bawah.

Sama seperti hidup ini,
Pada awalnya,kita memiliki niat yg sama untuk berjaya.
Tetapi terdapat banyak perkara yang membezakan kita dgn orang lain.
Cepat atau lambat,kita semua pasti akn berjaya.
Sudah puas menikmati kemewahan dunia,tibalah masa kita utk meninggalkan hidup ini.
Setinggi mana kita berada,nescaya jatuh jua akhirnya.
Hidup perlu berhikmah.
Amal hanya hasanah,
Dunia hanya singgahan,
Akhirat kekal berpanjangan.




Berjayakah Anda!!!

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm



Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.




Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.




Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.




Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Hurtful Quotes










What is The Head??

As a student,everyone will easily become tensed with the massive burden given by lots of subject..
I'm one of them..As a dental student, life becomes so hectic.. How daring my life is,Only the God knows well.
My head always occupied with lots of thing to think,,to remember,,to respond as soon as possible..
Thank God...at least You have created my body well-formed for the vital metabolism in my body.
It's really crucial to preserve myself from something that will bring my life miserable..
Now.let's look on our main structure of head...
The Skull....



Haha...his teeth still looks milky even shiny..What makes the skull as that structure? For your information,
skull is made up of cranium and facial bones..
The cranium consists of the following bones:
☼Frontal
☼Parietal
  ☼Occipital
   ☼Temporal
   ☼Sphenoid
☼Etmoid

Meanwhile,the facial bones consist of the following bones:
       ▼Zygomatic
    ▼Maxillae
▼Nasal
       ▼Lacriminal
  ▼Vomer
   ▼Palatine
   ▼Inferior
      ▼Mandible

Overall,we have 22 different bones on the skull.We must appreciate the precious gift given by the God to us.
As the end,let's us see controversial acronym to memorize the branches of external carotid artery..
♥♠♥♠♥♠♥♠♥♠♥♠♥♠♥♠♥♠♥♠♥♠♥♠♥
Some
Anatomists
Like
Freaking
Out
Poor 
Medical
Students
☺☻☺☻☺☻☺☻☺☻☺☻☺☻

Time and tide wait for no man..Now,,let;s focus on what we're doing and be committed in our field..

New Year Begin


Selamat Tahun Baru...2011 M diharapkan memberi sinar baru dalam hidup kita semua. Masa begitu pantas bergerak dalam era dunia tanpa sempadan ini..Kerana terlampau banyak ruang yang dipenuhi,kita begitu tidak mengambil berat terhadap masa..Sebab itu masa terasa begitu cepat sedangkan masa sebenarnya tidak pernah berubah..


Pak Cik berharap agar kita semua kuatkan azam untuk berhijrah menjadi yang lebih baik.Hijrah yang dilakukan amat bermanfaat untuk kita semua malah mendatangkan impak yang lumayan terhadap diri sendiri tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.Apakah azam kita pada tahun ini??


2010 sudahpun melabuhkan tirainya semalam.Ikuti kisah seorang Pak Cik yang menyambut malam Tahun Bru.."Pak Cik pulak tidak terlepas meraikan ambang tahun baru.Macam zaman muda-muda dulu...Tengok bunga api kt langit..Macam budak-budak pulak. Pak Cik sempat tangok bunga api dekat Tasik Shah Alam..Pak Cik pergi sana dengan 5 org kawan Pak Cik..huhu.. Seorang perempuan...Dah seronok tgk bunga api,,tiba2 sepasang kelamin datang..Terus dia sound kwn perempuan Pak Cik tuh..Kenapa ye?Rupe-rupenyer mereka ni pegawai JAIS..Pertama kali Pak Cik berada dalam situasi begitu..Kami bukannya membuat maksiat pun..Patutnya mereka bersangka baik..Haha.. Terus kami dihambat beredar dari situ..Macam lembu kena halau balik ke kandang...Apa pun,,itulah pengalaman yang Pak Cik tak dapat lupakan..."


Diharapkan,,kisah pemuda di atas dapat dijadikan iktibar buat masa hadapan...Janganlah berseronok berlebihan sehingga melanggar batas agama pada malam Tahun Baru...Walaupun tidak melakukan maksiat,lebih baik kita mencegahnya drpd berlaku.Kata pujangga Inggeris berbunyi ' Prevention is better than cure'..Ambillah kata-kata ini sebagai tazkirah dlm kehidupan seharian.. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Retro Replica NFL NBA MLB Throwback Football Basketball Jerseys | hp printer ink cartridges refills| Professional Wedding Pianist | Jewelry Making Supplies